Come on...breastfeed your baby!
   Assalamu'alaikum and Welcome to my blog



Tuesday, August 01, 2006
World Breastfeeding Day

Hai semua...............

Today ialah World Breasfeeding Day.....to all mum that bf baby u should celebrate it...aku pun rasa bangga untuk pertama kali aku celebrate..takde le special ape pun just rasa bangga sebab aku tergolong salah seorang ibu yang bf anaknya........Aku rasa ibu2 yang lain pun patut bangga jugak le...Dibawah ini aku ambik petikan dari laman web yang paling aku suke masuk...mcm2 info ade...to MAMA saya pinjam ye posting masuk ke blog saya ini untuk tatapan bersama.......Posting ini aku ambik dari www.susuibu.com hasil tulisan MAMA moderator susuibu.com............

Bulan Ogos tiba lagi. Tahun ini tema Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu adalah "Pengawasan Kod : 25 Tahun Melindungi Amalan Penyusuan Susu Ibu". Tema kali ini agak panas dan harus direnung oleh semua pihak akan sejauh manakah perlaksanaannya. Telah 25 tahun kod pengawasan ini diluluskan semasa Perhimpunan Kesihatan Sedunia. Namun secara praktikalnya, adakah kesemua garis panduan yang telah ditetapkan dipatuhi dan diamalkan oleh setiap pihak yang terlibat?

Adalah wajar ataupun tidak, saya merasa terpanggil untuk mewakili orang awam agar kod pengawasan ini dilaksanakan dan dipantau dengan sempurna. Antara lain, kod ini telah menggariskan beberapa peraturan amalan pemasaran seperti:- tidak mengiklankan produk gantian susu ibu, botol susu dan puting- tidak mengedar sampel percuma kepada para ibu- tidak mengadakan usaha-usaha promosi premis kesihatan, termasuk tidak mengedar bekalan susu formula percuma atau susu yang dibeli pada harga terlalu rendah- individu dari syarikat pengeluar susu formula tidak boleh menghubungi para ibu secara peribadi- tidak memberikan hadiah atau sampel percuma secara peribadi kepada kakitangan kesihatan. Kakitangan kesihatan pula tidak boleh mengedarkan sampel-sampel percuma tersebut kepada para ibu.- label-label produk tidak menunjukkan gambar bayi atau anak-anak kecil mahupun perkataan yang mengagungkan produk susu formula- Maklumat yang diberikan kepada kakitangan kesihatan mestilah berdasarkan bukti-bukti saintifik-

Sebarang maklumat yang disediakan pada produk gantian susu ibu mestilah menyatakan kepentingan dan kebaikan penyusuan susu ibu dan bahayanya produk susu gantian terutama sekali pada label produk.Seperti yang ramai sedia maklum, maklumat yang dinyatakan di atas amat sedikit sekali diketahui umum atau diwar-warkan. Adalah wajar pada tahun ini, kita melaungkan kepada setiap lapisan masyarakat akan hakikat sebenar penyusuan susu ibu dan ianya harus diamalkan malah harus dilindungi dari pencabar terdekatnya iaitu SUSU FORMULA!Jika berpeluang sertailah mana-mana pameran atau ceramah yang dianjurkan oelh pihak berwajib terdekat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perbincangan tema minggu penyusuan kali ini.

Seperti biasa sambutan penyusuan susu ibu akan diadakan oleh pelbagai pihak. Rata-rata sambutan kali ini dianjurkan oleh kakitangan hospital atau kesihatan baik kerajaan mahupun swasta. Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai pelbagai aktiviti yang telah disusun. Antara aktiviti yang telah dikenalpasti di sekitar Kuala Lumpur adalah:

1. Sambutan minggu penyusuan di Hospital Pakar Damansara dari 7 hingga 12 Ogos, 2006



posted by Echa Usman @ 10:39 AM  

Friday, July 28, 2006
Selamat Datang
Assalammualaikum Semua.....

Akhirnya siap sudah blog yang aku khaskan utk tatapan semua ibu-ibu yang menyusukan badan anak2 mereka....pada yang tak bf tu pun dialukan2 untuk menjenguk ke blog ini....mungkin ada ilmu2 yang dapat kita dapat kongsi bersama dan berikan pendapat masing-masing.

Dalam blog ini insyallah akan aku coretkan pengalaman sepanjang aku menyusukan Thaqif (anak aku le).Moga2 dikuatkan semangat aku ini seperti ibu2 yang lain yang telah berjaya menyusukan anak mereka sehingga 2 thn..Moga2 impian aku ini termakbul...insyallah....Disamping tu juga blog ini akan aku coretkan juga cerita2 mengenai Thaqif sepanjang perkembangan dia membesar....macam2 nak cerita tu..harap2 kawan2 tak boring ekkk.....

Blog ini tercipta actually hasil dari aku cilok idea salah sorang kwn aku kat Susuibu.com .....Lovebaby..dia mmg terkenal kat lovebaby tu sebagai salah seorang ibu yang sentiasa memikirkan bagaimana yang membanyakkan production susu setiap hari..sekarang ni aku pun dah tergolong mcm tu jugak.....

So harap2 kwn yang membaca blog ini dapat berkongsi bersama apa jua tips,pandangan dan nasihat dapat kita kongsi bersama dunia penyusuan susu ibu ini.Sesungguhnya susu ibu ini tidak ternilai harganya dan tidak berada di pasaran untuk dibeli...Isnyallah aku percaya seorang ibu itu jika dia tahu , peka dan ada ilmu mengenai kebaikan susu ibu ini pasti dia akan berusaha untuk menyusukan anak-anak mereka....PRICELESS

Dengan titipan tadi jangan pulak kawan2 berfikir2 yang aku mengandaikan yang ibu2 yang tidak menyusukan anak dia tidak memberikan terbaik untuk anak mereka dan seolah2 apa yang aku tulis ini aku le ibu yang terbaik ,TIDAK SAMA SEKALI DAN JANGAN DISALAH ERTIKAN....kebenaran nya aku hanya nak berkongsi pengalaman bersama rakan2 yang lain diluarkan sana......

Akhir kata selamat membaca blog aku yang tak seberapa ini..Thanks pada Uda sebab design kan blog aku ni......cantik tu Uda...thanks a lot from me......

Selamat membaca dan memberi komen anda.............wassalam

* Susu ibu adalah yang terbaik *
posted by Echa Usman @ 2:47 PM  

Friday, July 21, 2006
Ok dah siap~
ok cik puan, blog dah siap hehe...
posted by Echa Usman @ 1:27 PM  

Myself

Name:IbuThaqif
Home:Damansara

View my complete profile
Time

My Previous Post
Archives
MyShoutbox


    Name :
    Web URL :
    Message :

MyFavouriteSong


MyLinks
MyFriends
MyCounter
Powered by


BLOGGER

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com

design oleh uDalah! hohoho