Come on...breastfeed your baby!
   Assalamu'alaikum and Welcome to my blog



Tuesday, August 01, 2006
World Breastfeeding Day

Hai semua...............

Today ialah World Breasfeeding Day.....to all mum that bf baby u should celebrate it...aku pun rasa bangga untuk pertama kali aku celebrate..takde le special ape pun just rasa bangga sebab aku tergolong salah seorang ibu yang bf anaknya........Aku rasa ibu2 yang lain pun patut bangga jugak le...Dibawah ini aku ambik petikan dari laman web yang paling aku suke masuk...mcm2 info ade...to MAMA saya pinjam ye posting masuk ke blog saya ini untuk tatapan bersama.......Posting ini aku ambik dari www.susuibu.com hasil tulisan MAMA moderator susuibu.com............

Bulan Ogos tiba lagi. Tahun ini tema Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu adalah "Pengawasan Kod : 25 Tahun Melindungi Amalan Penyusuan Susu Ibu". Tema kali ini agak panas dan harus direnung oleh semua pihak akan sejauh manakah perlaksanaannya. Telah 25 tahun kod pengawasan ini diluluskan semasa Perhimpunan Kesihatan Sedunia. Namun secara praktikalnya, adakah kesemua garis panduan yang telah ditetapkan dipatuhi dan diamalkan oleh setiap pihak yang terlibat?

Adalah wajar ataupun tidak, saya merasa terpanggil untuk mewakili orang awam agar kod pengawasan ini dilaksanakan dan dipantau dengan sempurna. Antara lain, kod ini telah menggariskan beberapa peraturan amalan pemasaran seperti:- tidak mengiklankan produk gantian susu ibu, botol susu dan puting- tidak mengedar sampel percuma kepada para ibu- tidak mengadakan usaha-usaha promosi premis kesihatan, termasuk tidak mengedar bekalan susu formula percuma atau susu yang dibeli pada harga terlalu rendah- individu dari syarikat pengeluar susu formula tidak boleh menghubungi para ibu secara peribadi- tidak memberikan hadiah atau sampel percuma secara peribadi kepada kakitangan kesihatan. Kakitangan kesihatan pula tidak boleh mengedarkan sampel-sampel percuma tersebut kepada para ibu.- label-label produk tidak menunjukkan gambar bayi atau anak-anak kecil mahupun perkataan yang mengagungkan produk susu formula- Maklumat yang diberikan kepada kakitangan kesihatan mestilah berdasarkan bukti-bukti saintifik-

Sebarang maklumat yang disediakan pada produk gantian susu ibu mestilah menyatakan kepentingan dan kebaikan penyusuan susu ibu dan bahayanya produk susu gantian terutama sekali pada label produk.Seperti yang ramai sedia maklum, maklumat yang dinyatakan di atas amat sedikit sekali diketahui umum atau diwar-warkan. Adalah wajar pada tahun ini, kita melaungkan kepada setiap lapisan masyarakat akan hakikat sebenar penyusuan susu ibu dan ianya harus diamalkan malah harus dilindungi dari pencabar terdekatnya iaitu SUSU FORMULA!Jika berpeluang sertailah mana-mana pameran atau ceramah yang dianjurkan oelh pihak berwajib terdekat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perbincangan tema minggu penyusuan kali ini.

Seperti biasa sambutan penyusuan susu ibu akan diadakan oleh pelbagai pihak. Rata-rata sambutan kali ini dianjurkan oleh kakitangan hospital atau kesihatan baik kerajaan mahupun swasta. Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai pelbagai aktiviti yang telah disusun. Antara aktiviti yang telah dikenalpasti di sekitar Kuala Lumpur adalah:

1. Sambutan minggu penyusuan di Hospital Pakar Damansara dari 7 hingga 12 Ogos, 2006



posted by Echa Usman @ 10:39 AM  

Myself

Name:IbuThaqif
Home:Damansara

View my complete profile
Time

My Previous Post
Archives
MyShoutbox


    Name :
    Web URL :
    Message :

MyFavouriteSong


MyLinks
MyFriends
MyCounter
Powered by


BLOGGER

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com

design oleh uDalah! hohoho